Program Webinar Pemerkasaan Pengguna 2022 Bersama FOMCA
16 April 2022 | Aktiviti TerkiniPada 15 April 2022, PEDI Kg. Titi Teras bersama-sama PEDi Negeri Kedah telah menyertai satu webinar dengan FOMCA. FOMCA adalah sebuah pertubuhab bukan kerajaan yang terdiri daripada gabungan persatuan-persatuan pengguna Malaysia. Objektif utama FOMCA adalah memperjuangkan hak pengguna Malaysia. Kali ini PEDi mengambil peluang mendengar taklimat dari wakil FOMCA berkaitan dengan pemerkasaan pengguna.
Webinar ini bermula pada jam 10.00 pagi dengan kehadiran seramai 35 peserta yang terdiri daripada petugas PEDi dan komuniti setempat. Bagi taklimat ini, FOMCA lebih menekankan kepada isu penipuan kewangan di atas talian kerana tajuk ini lebih dekat dengan PEDi. Taklimat berlangsung lebih kurang 2 jam dan program berjalan dengan baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: